suria

Ronaldo, Messi bertembung! CR7 jadi kapten aksi persahabatan Saudi All Star XI-PSG

Ronaldo akan bertembung dengan Messi pada 19 Januari dalam aksi persahabatan. Foto: Getty Images

CRISTIANO Ronaldo sah dinamakan sebagai ketua pasukan (kapten) Saudi All Star XI yang akan menentang kelab disertai Lionel Messi, Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan persahabatan pada 19 Januari.

Saudi All Star XI terdiri daripada gabungan pemain Al-Nassr dan Al-Hilal.

Berita itu disahkan dalam ciapan yang disiarkan daripada akaun Turki Al-Sheikh, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Twitter itu, kelihatan Ronaldo, pemenang lima kali Ballon d'Or menerima lilitan lengan dan jersi untuk aksi persahabatan pada Khamis.

Perlawanan itu merupakan kali pertama Messi dan Ronaldo bertemu sejak pemain berusia 37 tahun itu meninggalkan bola sepak Eropah untuk ke Timur Tengah.

Ia juga perlawanan kali pertama sejak Disember 2020, ketika Ronaldo berada bersama Juventus menewaskan pasukan Messi iaitu Barcelona dengan jaringan 3-0 dalam Liga Juara-Juara. - Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain