CRISTIANO Ronaldo sedang membina sebuah mahligai mewah di Portuguese Riviera, Portugal dengan harga €20 juta (RM93 juta). Bagaimanapun, bintang Al-Nassr itu dilaporkan menghadapi masalah. Menurut laman Correiro da Manha, Ronaldo masih belum berjaya menemui seorang cef untuk kediaman baharunya itu. Dilaporkan, individu yang akan bergelar cef di kediamannya akan dibayar gaji berjumlah €5000 Euro(RM23,301) sebulan. Selain itu, cef bertuah berkenaan akan turut mendiami mahligai mewah Ronaldo. Ronaldo sudah menetapkan kriteria untuk cef yang akan terpilih, iaitu dia mesti pakar dalam hidangan ikan, makanan laut dan sushi. Selain itu, cef tersebut mesti pandai membuat piza kerana sudah menjadi rutin orang Portugis menikmatinya seminggu sekali. Disebabkan agak cerewet, secara tidak langsung bintang Portugal itu menghadapi masalah untuk mencari calon yang sesuai sungguhpun memberikan tawaran gaji yang menarik. - Besoccer Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube