suria

Mason Greenwood dibebaskan dari tuduhan serangan seksual, masa depan di Manchester United masih kabur

Greenwood terpalit dengan tuduhan serangan seksual pada tahun 2021.

MASON Greenwood bersuara buat pertama kali selepas pertuduhan terhadapnya digugurkan oleh pihak pendakwa di mahkamah di Britain.

Penyerang Manchester United yang berumur 21 tahun itu berkata dia berasa lega kerana diberikan kemudahan dalam mengharungi fasa penuh getir dalam hidupnya.

"Saya lega kerana perkara ini sudah selesai dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, sahabat dan rakan-rakan atas sokongan mereka.

"Saya tidak akan berikan komen lanjut buat masa ini," ujar Greenwood.

Semua tuduhan iaitu cubaan merogol, serangan seksual dan menahan secara paksaan telah digugurkan selepas dua tahun penahanannya pada Januari 2021.

Susulan berita itu, Manchester United mengeluarkan kenyataan pada petang Khamis

"Manchester United mengambil maklum keputusan mahkamah Mason Greenwood iaitu semua pertuduhan terhadapnya telah digugurkan.

"Kelab kini akan menjalankan proses dalaman sebelum menentukan langkah seterusnya. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut sehingga proses itu selesai," kata jurucakap Manchester United.

Pemain tersebut tidak akan kembali berlatih di kem latihan Manchester United di Carrington dalam masa terdekat ini.

Siasatan dalaman sedang dibuat di Manchester United mengenai pertuduhan yang dijatuhi ke atas Mason Greenwood. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain