CRISTIANO Ronaldo akhirnya menjaringkan gol untuk Al Nassr menerusi sepakan penalti masa kecederaan yang memberikan keputusan seri 2-2 menentang Al Fateh. Pemain Portugal yang akan mencapai usia 38 tahun esok, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 untuk membolehkan kelab Riyadh itu berkongsi mata di tangga teratas Liga Pro Saudi dengan Al Shabab, tetapi bermain kurang satu perlawanan. Ia adalah jaringan pertama Ronaldo dalam tiga perlawanan, selepas kemenangan ke atas Ettifaq pada 22 Januari dan kekalahan di tangan Al Ittihad dalam saingan Piala Super minggu ini. Beberapa hari sebelum penampilan sulungnya untuk Al Nassr, Ronaldo meledak dua kali untuk pasukan pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain yang diterajui Lionel Messi, di mana mereka tewas 5-4 tetapi Ronaldo dinobatkan pemain terbaik perlawanan. Beberapa hari sebelum penampilan sulungnya untuk Al Nassr, Ronaldo meledak dua kali untuk pasukan pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain yang diterajui Lionel Messi, di mana mereka tewas 5-4 tetapi Ronaldo dinobatkan pemain terbaik perlawanan. Pemenang lima kali Ballon d'Or itu, yang memegang rekod sepanjang zaman jaringan Liga Juara-Juara dan antarabangsa, menerima lebih 400 juta euro (RM1.84 bilion) untuk perpindahan ke Arab Saudi. Ia termasuk 200 juta euro (RM919.99 juta) bagi membantu Arab Saudi membida hak penganjuran Piala Dunia 2030. - Goal.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube