suria

Zakar pemain ski Finland tiba-tiba jadi beku... Buat ‘comeback’ selepas setahun kejadian memalukan di Beijing

Lindholm pernah mengalami kejadian memalukan ketika beraksi di Beijing pada tahun lalu.

PEMAIN ski Finland yang mengalami kejadian zakar beku ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah membuat kemunculan semula selepas setahun pengalaman pahit itu.

Tahun lalu, Remi Lindholm menjadi tajuk utama dengan nasib malangnya di Beijing tetapi persembahannya di gelanggang ais kini kembali diperkatakan.

Enggan lagi mengenang kejadian memalukan itu, Lindholm tampil dengan aksi cemerlang, sekali gus memperoleh kemenangan menakjubkan pada kejohanan ski 15 kilometer (km) bulan lepas.

Untuk rekod, dia mengalami kesakitan selepas zakarnya membeku akibat cuaca sejuk ketika perlawanan memasuki jarak 50 km, dalam suhu -17 darjah Celcius di ibu negara China pada tahun lalu.

Dalam keadaan angin kencang, Lindholm bergelut melawan kesakitan dan berjaya melepasi garisan penamat di kedudukan ke-28. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain