CHELSEA terus bergelut untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar terikat 1-1 menentang West Ham United di Stadium London, sebentar tadi. Keputusan seri itu menyaksikan mereka masih belum melakar kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut selepas terikat tanpa jaringan menentang Fulham dan Liverpool sebelum ini. Skuad The Blues bagaimanapun terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil ledakan Joao Felix yang menyudahkan hantaran Enzo Fernandez pada minit ke-16. Kedudukan itu hanya bertahan 12 minit apabila Emerson menyempurnakan umpanan Jarrod Bowen untuk menyamakan kedudukan buat West Ham. Chelsea berdepan beberapa detik cemas pada babak kedua dan skuad kendalian Graham Potter bernasib baik apabila jaringan pertahanan West Ham, Tomas Soucek pada minit ke-82 dibatalkan selepas pengadil melihat video bantuan pengadil (VAR). Satu mata yang diraih itu menyaksikan skuad The Blues terus bergelut di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 31 mata selepas mengharungi 22 perlawanan. - Guardian Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube