suria

Mayweather shopping diiring 30 pengawal keselamatan, rombongan besar

Floyd Mayweather (baju warna emas) bersama 30 pengawal keselamatan. foto BoxingKingdom14 / Twitter

LEGENDA tinju, Floyd Mayweather mengejutkan pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Amerika kerana dia 'dikawal' oleh 30 pengawal keselamatan dan diiring oleh rombongan yang besar.

Digelar 'Money', peninju Amerika itu menarik perhatian ke mana sahaja dia pergi, dan walaupun memakai penutup kepala semasa membeli-belah di Scottsdale, Arizona, kehadirannya tetap menjadi perhatian.

Mayweather bakal bertarung dengan bintang realiti TV, Aaron Chalmers di O2 Arena London pada 25 Februari dan keluar berbelanja sebelum lawatannya ke United Kingdom (UK).

Seorang pengunjung pusat beli-belah yang terkejut dengan kehadiranya lelaki berusia 45 tahun itu sempat merakamnya memakai hoodie emas Adidas dengan seluar warna sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya cucu Floyd Mayweather... Tahun lepas dapat jam tangan Rolex, terbaru datuk hadiahkan 'car seat' berharga lebih RM80,000!

Di hadapan bintang tinju itu terdapat seramai 30 pengawal keselamatan, termasuk tiga anggota polis beruniform.

Mayweather, yang bersara daripada tinju profesional pada 2017 dengan rekod tanpa kalah 50-0, turut diikuti rombongan besar.

Mayweather kemudian 'menghentikan' rombongan itu apabila dia bertemu dengan pengusaha barang kemas dan bintang hip-hop Johnny Dang.

Baru-baru ini dia membeli rantai mewah bernilai AS$1 juta (RM4.35 juta).

Para peminat bergegas untuk bergambar bersama bintang itu ketika kedua-duanya mengadakan perjumpaan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain