suria

Al-Nassr terlopong dengan disiplin Cristiano Ronaldo, jadual pemakanan sentiasa dijaga

Cristiano Ronaldo diketahui terkenal dengan rejim pemakananannya yang sangat ketat. Foto: AFP

RONALDO sering dikenali sebagai spesimen bagi kemuncak kecergasan fizikal.

Penyerang itu berusia 38 tahun sekarang dan dalam usianya, ketika kebanyakan pemain bola sepak lebih memikirkan untuk bersara, dia masih terus menjaringkan gol dari bahagian kiri, kanan dan tengah selain melakukan larian di segenap penjuru padang.

Sejak menyertai kelab itu, Ronaldo juga memberi impak besar kepada tahap kecergasan pemain Al-Nassr.

Pakar pemakanan kelab itu Jose Blesa mendedahkan beliau tidak pernah melihat tahap kecergasan pemain bertambah baik dalam tempoh yang singkat sejak Ronaldo menyertai kelab itu.

Blesa berkata, Ronaldo sentiasa memakai cincin dan gelang pintar untuk memantau tahap kecergasannya.

"Setiap perbualan dengannya satu pembelajaran. Kami bertemu dan bercakap mengenai dietnya, tentang bagaimana dia memahami kepentingan diet dan rehat untuk meningkatkan prestasi. Dia memakai dua parameter rehat: cincin dan gelang.

"Cincin pintar direka untuk memantau waktu tidur dan aktiviti fizikal. Ia secara automatik mengesan apabila pemakai sedang tidur atau bergerak. Ia mengukur kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, suhu badan dan pergerakan," dedahnya.

Pakar pemakanan kelab itu juga berkata, Ronaldo adalah pemain pertama yang memasuki pusat latihan dan yang terakhir meninggalkannya, sekali gus membuktikan dedikasinya terhadap sukan itu. - Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain