suria

Son Heung-min jadi mangsa penghinaan di media sosial, Tottenham luah rasa kecewa

Son menjadi mangsa penghinaan bersifat perkauman di media sosial. Foto: Getty.

TOTTENHAM Hotspur mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan bersifat perkauman yang ditujukan kepada penyerang Son Heung-min.

Spurs juga menyeru pembangun media sosial untuk mengambil tindakan selepas pemain berasal dari Korea Selatan itu menjadi sasaran dalam talian berikutan jaringannya menerusi kemenangan 2-0 Liga Perdana menentang West Ham pada Ahad lalu.

Tottenham meluahkan kekecewaan mereka berhubung perkara itu menerusi ciapan di Twitter.

"Kami telah dimaklumkan tentang penyalahgunaan yang bersifat perkauman dalam talian yang sangat tercela yang ditujukan kepada Son semasa perlawanan hari ini (Ahad) yang telah dilaporkan oleh kelab.

"Kami berdiri bersama Son dan sekali lagi memanggil syarikat media sosial dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," ciap pasukan itu di Twitter.

Minggu lalu, penyerang Brentford, Ivan Toney, turut berdepan penghinaan serupa di Instagram. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain