MAYAT bekas pemain antarabangsa Ghana, Christian Atsu ditemui selepas gempa bumi yang melanda Turki, lapor media tempatan yang disahkan oleh pengurusnya. Atsu terperangkap dalam gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Turki dan Syria pada 6 Februari yang mengorbankan lebih 43,000 nyawa di dua negara itu. Sebelum ini wujud laporan mengatakan Atsu berjaya diselamatkan selepas gempa bumi itu namun kemudian disahkan sebagai palsu. Pengurus mendiang di negara ini, Murat Uzunmehmet memaklumkan agensi berita DHA bahawa mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan berdekatan selatan Turki di wilayah Hatay. "Kami menemukan jasadnya yang tidak bernyawa. Telefonnya turut dijumpai," kata Uzunmehmet. - Mail Online Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube