suria

Bapa Messi buka mulut tentang kepulangan bintang Argentina ke Barcelona

Messi bersama ayahnya yang juga merupakan ejennya.

PEMAIN berusia 35 tahun itu berada dalam prestasi cemerlang musim ini, untuk kelab dan negara dan telah menjaringkan atau melibatkan diri dalam 28 gol dengan hanya 24 penampilan di kedua-dua Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.

Di sebalik penampilan cemerlangnya untuk Paris, akhbar Perancis L'Equipe mendakwa dia kurang berminat untuk kekal di kelab itu setibanya penghujung musim.

Messi akan tamat kontrak pada musim panas dan dia boleh meninggalkan kelab dengan perpindahan percuma, walaupun begitu terdapat pilihan untuk melanjutkan tempohnya selama setahun tambahan jika semua pihak bersetuju.

Tetapi kini bapa Messi, Jorge, yang juga bertindak sebagai ejennya membuka mulut mengenai kepulangan Messi ke kelab gergasi Sepanyol.

Menurutnya, Barcelona tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar perpindahan Messi.

‘Saya tidak rasa Leo akan bermain untuk Barcelona lagi,’ Jorge memberitahu akhbar Sepanyol Sport ketika dia berlepas dari bandar Catalan pada petang Khamis.

‘Syaratnya tidak dipenuhi. Kami belum bercakap dengan [Presiden Barcelona Joan] Laporta dan tiada tawaran yang dipersetujui," kata Jorge. - Metro.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain