SEORANG syeikh Qatar, yang merupakan pengerusi di salah sebuah bank terbesar di negara itu pada Jumaat malam membuat tawaran untuk Manchester United. Dia juga berjanji untuk memulihkan 'kegemilangan dahulu di dalam dan di luar padang'. Menjelang tarikh akhir pukul 10 malam Jumaat untuk tawaran itu, Sheikh Jassim bin Hamad bin Jaber Al Thani, anak kepada bekas Perdana Menteri, mengumumkan hasratnya untuk memperoleh '100 peratus daripada kelab itu'. Difahamkan tawaran tersebut adalah 'indikatif'. ARTIKEL BERKAITAN: Manchester United pasukan paling mahal di Liga Perdana Inggeris Angka yang lebih tepat akan dikeluarkan sebaik sahaja kewangan disahkan. Minggu lalu, Sportsmail mendedahkan bahawa bidaan itu akan dibuat dan, dalam satu kenyataan, Al Thani berkata, dia akan melabur dalam kelab, stadium, tempat latihan dan komuniti itu. "Visi tawaran itu adalah untuk kelab bola sepak Manchester United terkenal dengan kecemerlangan bola sepak, dan dianggap sebagai kelab bola sepak terhebat di dunia," tambahnya. - Mail Online Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube