suria

Sakit lutut tapi boleh main ski? Pogba dianggap sebagai masalah buat Juventus

Pogba mengalami kecederaan lutut dan tidak beraksi sejak April tahun lalu. Foto: Juventus FC via Getty Images.

BEKAS pemain Juventus, Marco Tardelli menganggap Paul Pogba sebagai masalah besar buat pasukan itu.

Pogba, 29, masih belum beraksi untuk pasukan Serie A itu sejak menyertainya semula secara percuma pada akhir kontrak Manchester United pada musim panas lalu.

Kecederaan lutut jangka panjang menyebabkan dia diketepikan, namun Pogba baru-baru ini dilihat seolah-olah sudah sihat apabila bermain ski ketika cuti Krismas.

"Pogba tidak bermain sejak April 2022, ketika dia masih di Manchester. Kini menjadi masalah bagi Juve, kita tidak tahu bila dia akan kembali dan kita tidak tahu apa yang dia lakukan.

"Pogba bermain ski manakala rakan sepasukannya bergelut dengan masalah besar Juve. Hari ini Pogba adalah masalah besar yang mesti diselesaikan oleh Bianconeri.

"Keadaan ini juga menunjukkan bahawa Juve tidak mempunyai idea yang cukup jelas. Tingkah lakunya terhadap rakan sepasukannya juga tidak adil, ia menjengkelkan saya," ujar Tardelli.

Untuk rekod, Pogba tidak hadir untuk tiga perlawanan terakhir dan diketepikan untuk tempoh yang tidak ditentukan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain