CHRISTIAN Atsu membatalkan rancangan untuk meninggalkan Turkiye pada saat-saat akhir, beberapa jam sebelum terperangkap dalam gempa bumi dahsyat yang akhirnya meragut nyawanya. Bekas bintang Liga Perdana itu disahkan meninggal dunia pada pagi Sabtu, 12 hari selepas bencana yang meragut nyawa lebih 40,000 orang di Turkiye dan beberapa bahagian di utara Syria. Apa yang lebih menyayat hati, Atsu sepatutnya terbang ke Perancis untuk melawat keluarganya pada malam sebelum gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda. ARTIKEL BERKAITAN: Jasad bekas pemain Chelsea ditemukan di bawah runtuhan gempa bumi Turkiye Bagaimanapun dikhabarkan mendiang mengubah fikirannya selepas menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya Hatayspor ke atas Kasimpasa. Atsu terperangkap dalam gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari yang mengorbankan lebih 43,000 nyawa di dua negara itu. Sebelum ini wujud laporan mengatakan Atsu berjaya diselamatkan selepas gempa bumi itu namun kemudian disahkan sebagai palsu. Pengurus mendiang di negara ini, Murat Uzunmehmet memaklumkan agensi berita DHA bahawa mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan berdekatan selatan Turkiye di wilayah Hatay. - Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube