suria

Ten Hag lepak dengan dengan Sir Alex Ferguson di restoran, topik perbualan jadi persoalan

Erik ten Hag dan Ferguson sedang berbincang sesuatu di sebuah restoran.

ERIK ten Hag dilihat mengadakan perbualan hati ke hati bersama ikon legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson ketika makan malam di sebuah restoran di Wilmslow, Britain.

Kemenangan 3-0 ke atas Leicester City pada Ahad lalu diakui Ten Hag sebagai penyuntik semangat menjelang perlawanan Liga Europa mereka menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Ten Hag sepertinya dilihat mendapatkan nasihat dari Ferguson yang sememangnya sudah sebati sebagai identiti kelab The Red Devils.

Ferguson pada ketika ini berpuas hati dengan prestasi Ten Hag untuk mengemudi kelab memperoleh keputusan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Ferguson ketika eranya keemasannya berjaya membawa Manchester United untuk memenangi trebel pada tahun 1999 dan kini bersedia membantu Ten Hag mengembalikan zaman kegemilangan tersebut.

Manchester United kini berada di tangga ketiga dalam Liga Perdana Inggeris dan hanya lima mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

Selain itu mereka juga masih bersaing dalam pusingan kelima Piala FA dan juga akan bertemu dengan Newcastle United dalam Piala Carabao.

Jika nasib berpihak kepada mereka, besar kemungkinan Manchester United boleh membawa pulang empat piala ke Old Trafford!

Perlawanan mereka menentang Barcelona pada Khamis ni menjadi penentu segalanya.

Dipercayai inti pati perbualan di antara Ten Hag dan Ferguson juga adalah mengenai perlawanan Barcelona. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain