PEMAIN ragbi, Joe Westerman hanya mampu tersenyum selepas dia diejek oleh peminat Liga Super ketika tampil beraksi bersama pasukan Castleford Tigers. Difahamkan, Westerman dihina oleh peminat selepas dia terlibat dalam kontroversi video lucah bersama seorang wanita di tempat terbuka, minggu lalu. Dalam perlawanan tersebut, penonton kedengaran melaungkan ayat-ayat penghinaan kepada pemain berusia 33 tahun itu. Meskipun namanya sedang kecoh diperkatakan, Westerman tetap disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh bos Castleford, Lee Radford hujung minggu ini. Terdahulu, isteri Westerman, Lauren mengumumkan bahawa dia bukanlah wanita dalam video kontroversi itu. Malah, Lauren juga mendedahkan bahawa dia tidak akan memaafkan Westerman. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube