suria

Gagal jaringkan gol, Ronaldo disindir Al-Ittihad

Ronaldo menendang botol minuman di tepi padang akibat kekalahan liga pertama di Arab Saudi. Foto: AFP/-

CRISTIANO Ronaldo menendang botol minuman, di tepi padang bagi melepaskan geram akibat kekalahan liga pertamanya di Arab Saudi.

Malah, bekas pemain Manchester United berusia 38 tahun itu menunjukkan kekecewaannya selepas Al-Nassr tewas 1-0 di tangan Al-Ittihad.

Dalam pada itu, kekalahan menyaksikan Al-Nassr yang sebelum itu mendahului liga, turun ke tangga kedua di mana mereka tertinggal satu mata di belakang Al-Ittihad.

Dalam satu ciapan di Twitter, Al-Ittihad memuat naik satu video di mana penyerang Brazil, Romarinho menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke 80 untuk mengesahkan kemenangan buat pasukannya.

"Di mana Ronaldo?," tulisnya seolah-oleh mengejek (menyindir) pemain tersebut.

Al-Ittihad turut menyebabkan kekalahan pertama Ronaldo di Timur Tengah sejak perpindahannya pada Januari, dengan menyingkirkan Al-Nassr daripada saingan Piala Super Saudi.

Penyokong tuan rumah turut melaungkan nama Lionel Messi bagi mengganggu tumpuan pemenang lima kali Ballon d'Or itu dari permulaan perlawanan - CNBC INDONESIA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain