suria

Rambut cantik beralun diterbangkan angin, penyokong minta jenama syampu taja Haaland

Erling Haaland ketika melepaskan ikatan rambutnya. foto SkySportsPL/Twitter

PENYOKONG Manchester City meminta pemain Erling Haaland supaya menjadi model iklan syampu, gara-gara dia melepaskan rambutnya yang panjang, pada Sabtu.

Ketika separuh masa perlawanan menentang Southampton, Haaland dilihat melepaskan ikatan rambut perangnya yang panjang.

Malah, ia kelihatan cantik beralun seperti diterbangkan angin.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Kenali bintang bola sepak bergelar Top Model terkenal dunia

Menerusi laman Twitter, beberapa penyokong bergurau memberitahu dia sepatutnya mendapat tawaran penajaan dengan jenama syampu.

"Seseorang perlu mendapatkan Haaland dalam iklan rambut atau tajaan.

"Lelaki itu mempunyai rambut yang luar biasa!" kata netizen. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain