suria

Luar biasa! Bersara lebih 2 dekad, legenda bina badan Mr Universe usia 76 tahun masih berotot

Badan Robby Robinson masih berotot walaupun berusia 76 tahun. foto robbyrobinsonofficial / Instagram

JUARA bina badan Mr Universe mendedahkan rahsia fizikalnya yang mengagumkan, apabila mempamerkan badannya yang masih berotot selepas lebih 20 tahun bersara.

Robby Robinson dianggap sebagai salah seorang ahli bina badan terhebat sepanjang masa.

Kejayaannya memuncak sewaktu Era Keemasan dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Dah cecah 60 tahun, badan tetap sado berketul-ketul... anytime boleh masuk bertanding, tapi siapa sebenarnya atuk 6 cucu ini?

Sepanjang tempoh kerjayanya selama 27 tahun, Robinson mendominasi industri, membawa pulang gelaran termasuk Mr America, Mr World dan Mr Universe serta mendapat jolokan The Black Prince.

Legenda bina badan dari Damsyik, Georgia itu bersara dari sukan bina badan pada 2001.

Walau bagaimanapun, persaraannya tidak menghalang Robinson yang kini berusia 76 tahun, daripada membina badan.

Malah dia turut memaklumkan bahawa dirinya masih mempunyai rutin senaman apabila peminat memujinya kerana kelihatan luar biasa. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain