suria

Mahu kurangkan iklan perjudian, EPL tidak benarkan penajaan syarikat judi pada jersi

Antara jenama syarikat judi yang ada pada jersi pasukan Liga Perdana Inggeris. Kredit foto: The Guardian

LIGA Perdana Inggeris (EPL) gerakkan perubahan drastik!

Penajaan syarikat perjudian di bahagian depan jersi pasukan EPL akan ditarik balik pada penghujung musim 2025/26 selepas perjanjian bersama dicapai kelab.

Lapan daripada 20 kelab di liga utama ketika ini memiliki jersi ditaja syarikat perjudian.

Perubahan dalam tempoh tiga tahun itu akan membolehkan perjanjian sedia ada dilengkapkan tanpa kelab dikenakan penalti kerana memendekkan kontrak masing-masing.

"Kelab EPL hari ini bersepakat untuk menarik diri daripada penajaan syarikat perjudian yang dipaparkan di jersi kelab pada hari perlawanan.

"Menjadi liga sukan pertama di UK mengambil pendekatan seperti itu secara sukarela dalam usaha mengurangkan iklan perjudian," kata EPL dalam satu kenyataan.

"Pengumuman ini berikutan perbincangan intensif membabitkan liga, kelab dan Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan yang juga sebahagian daripada kajian semula peraturan perjudian kerajaan ketika ini." kata liga melalui satu kenyataan.

Penajaan syarikat perjudian di depan jersi bola sepak sudah diharamkan di Itali dan Sepanyol. - Times of India

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain