PELUMBA terkenal seperti Max Verstappen dan Lewis Hamilton dijangka membuat kemunculan menerusi Grand Prix Miami pada 7 Mei depan. Namun, ramai yang meluahkan rasa bimbang apabila litar di Autodrome Antarabangsa Miami itu terjejas akibat banjir yang melanda. Menerusi foto tular, litar tersebut kelihatan dipenuhi dengan takungan air paras lutut, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang penganjuran Grand Prix tidak lama lagi. Malah, beberapa individu turut berjenaka supaya para pelumba membawa pakaian renang mereka ke litar tersebut yang ditenggelami banjir. Namun, penganjur positif dengan baki masa yang ada dan berharap acara berkenaan dapat diteruskan seperti biasa. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube