suria

Bekas isteri tuntut separuh kekayaan, rupa-rupanya pemain bola ini dah serah hampir semua harta kepada ibunya... Gaji pun emak yang simpan

80 peratus harta Hakimi didaftarkan atas nama ibunya.

PEMAIN antarabangsa Maghribi Achraf Hakimi menjadi bualan ramai selepas isterinya mendapati dia tidak memiliki sebarang harta walaupun dibayar gaji lumayan oleh kelab bola sepak Paris Saint Germain (PSG).

Hal itu terbongkar semasa prosiding perceraian yang sedang berjalan di mahkamah selepas isterinya, Hiba Abouk, memfailkan penceraian dan meminta separuh daripada kekayaan yang dimiliki oleh pemain bola sepak itu.

Wanita itu terkejut apabila dia dimaklumkan bahawa Hakimi, 24, telah mendaftarkan 80 peratus daripada kekayaan dimiliki atas nama ibunya sendiri.

Hakimi turut menyaluran hampir kesemua gaji kepada akaun bank ibunya dan akan meminta wang setiap kali dia mahu membeli sesuatu.

Selain itu, aset seperti rumah, kereta, pakaian, dan barang kemasnya turut didaftarkan di atas nama ibunya.

Untuk rekod, pasangan itu mula berkenalan pada 2018, berkahwin pada 2020 dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Abouk memfailkan penceraian sekitar Mac 2023. - En Hespress.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain