suria

Bekas peninju kongsi rahsia, elak seks 3 bulan sebelum perlawanan supaya tumbukan jadi lebih kuat

Judah elak hubungan intim tiga bulan sebelum perlawanan. Foto: Getty Images North America

BEKAS peninju Zab Judah kekal dengan prisipnya untuk tidak melakukan hubungan seks selama tiga bulan sebelum terlibat dengan mana-mana perlawanan.

Ujarnya, petua itu diamalkan oleh dirinya sendiri demi mendapatkan tumbukan yang lebih padu untuk menentang seteru di gelanggang.

"100 peratus saya galakkan setiap peninju agar tidak melakukan hubungan seks sebelum perlawanan. Saya tahu amalan ini hanya mitos, tapi saya boleh pastikan bahawa ia benar-benar berkesan.

"Tumbukan kamu jadi lebih buat kalau kamu tak melakukan seks sebelum perlawanan. Saya 'haramkan' seks tiga bulan sebelum perlawanan," ujarnya.

Sepanjang kerjaya, Judah pernah berentap dengan nama-nama besar seperti Amir Khan dan Floyd Mayweather Jr.

Namun, ramai peninju kurang bersetuju dengan amalan itu yang dianggap sebagai mitos semata-mata. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube