suria

Pelumba Switzerland, Gino Mader maut jatuh gaung ketika sertai Tour de Suisse

Gino maut sehari selepas terlibat dengan kemalangan maut itu. -Gambar Reuters

PELUMBA Switzerland, Gino Mader meninggal dunia sehari selepas terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni bukit ke garisan penamat dalam perlumbaan Tour de Suisse pada Khamis.

Khabar duka itu disahkan oleh pasukannya, Bahrain Victorious, pada Jumaat.

"Walaupun usaha terbaik kakitangan di hospital Chur, Gino tidak dapat melaluinya, cabaran terakhir dan terbesarnya, dan pada jam 11.30 pagi (Jumaat), kami mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu bintang menyinar pasukan kami," demikian kenyataan tersebut.

Mader, 26, terjatuh semasa menuruni ke arah La Punt dan terbabas ke dalam gaung di mana dia didapati tidak bertindak balas oleh doktor perlumbaan.

Dia diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan.

Tour de Suisse ialah perlumbaan persiapan menjelang Tour de France bulan depan.

Mader menyertai pasukan Bahrain Victorious pada 2021 dan memenangi peringkat Giro d'Italia pada tahun itu. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain