suria

Khidmat Arteta ditagih PSG, prestasi cemerlang musim lalu tambat perhatian

Khidmat Mikel Arteta sedang diintai Paris Saint-Germain.

PARIS Saint-Germain (PSG) sudah mengadakan rundingan dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengenai kemungkinan dia menjadi ketua jurulatih kelab itu, menurut laporan di Perancis.

Arteta mengemudi The Gunners ke tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, mencabar Manchester City merebut kejuaraan sebelum gagal di penghujung saingan.

Warga Sepanyol itu menandatangani perjanjian baharu di Arsenal yang akan mengekalkannya di Emirates sehingga 2024, bagaimanapun perbincangan diadakan antara Arteta dan pengarah sukan PSG, Luis Campos.

Juara Ligue 1 itu sedang mencari pengurus tetap keempat dalam tempoh lima tahun apabila berpisah dengan Christophe Galtier selepas hanya satu musim.

Kaitan Arteta dengan kekosongan jawatan di Paris hadir selepas perbincangan antara kelab itu dan bekas ketua jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann dilaporkan gagal.

Penyokong Arsenal yang prihatin bagaimanapun gembira apabila mendapat tahu perbincangan dengan Arteta dilaporkan tidak seperti yang diharapkan oleh kelab Perancis itu.

Campos dikatakan yakin mengenai peluang untuk membawa pengendali berusia 41 tahun itu dari England mengambil kira komitmen dan kerja kerasnya bersama Arsenal.

Arteta pula tidak sabar untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara bersama Arsenal apabila mereka kembali ke saingan utama pertandingan kelab Eropah itu selepas enam tahun tidak beraksi. - Mirror.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain