PRESIDEN UEFA, Aleksander Ceferin memberi amaran kepada Arab Saudi terhadap strategi perpindahan mereka untuk Liga Pro Saudi. Ia susulan perpindahan bintang-bintang Eropah seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema ke Timur Tengah, dengan pemain Wolves, Ruben Neves antara nama besar terbaru yang akan memeriahkan bola sepak Asia itu. Ketika ditanya berkenaan perpindahan pemain-pemain Eropah ke liga Saudi, Ceferin berkata: "Saya rasa ia satu kesilapan besar oleh bola sepak Arab Saudi. "Mereka sepatutnya melabur untuk akademi, membawa masuk jurulatih, dan membangunkan pemain-pemain mereka sendiri," katanya Ceferin mengambil contoh China yang sebelum ini begitu galak membawa masuk pemain-pemain ternama yang sudah berada di penghujung karier untuk mempromosi liga mereka. "Sistem membeli pemain-pemain yang berada di akhir karier mereka bukan sistem yang boleh membangunkan bola sepak. "Kesilapan sama dilakukan China apabila mereka membawa masuk pemain-pemain yang sudah menghampiri persaraan. "Berikan saya satu nama, pemain hebat yang berada di usia kemuncaknya, memilih Arab Saudi untuk memulakan karier. "Ia bukan hanya berkenaan wang. Pemain-pemain mahu memenangi pertandingan dan pertandingan terbaik ada di Eropah," katanya. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube