suria

McGregor tak terkesan dakwaan rogol, mesra layan peminat mahu dapatkan tandatangan

McGregor kelihatan ceria melayan peminat selepas terpalit dakwaan rogol wanita.

PETINJU terkenal, Conor McGregor kelihatan tidak terkesan meskipun dirinya terpalit dengan dakwaan merogol seorang wanita, baru-baru ini.

Malah, bintang UFC itu kelihatan ceria melayan peminatnya yang mahu mendapatkan tandatangan ketika dia berjalan masuk ke sebuah hotel di New York, Amerika Syarikat.

Beberapa peminat turut melaungkan sokongan mereka terhadap McGregor dalam pertemuan singkat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: McGregor nafi dakwaan rogol di final NBA

"Kami percaya awak. Kami percaya Conor McGregor," jerit peminat tanda sokongan kepadanya.

Untuk rekod, McGregor didakwa merogol seorang wanita ketika pusingan akhir kejohanan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) pada 9 Jun lalu.

Baru-baru ini, McGregor turut menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai satu kenyataan palsu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain