suria

Mujur singgah kencing! Pelumba basikal dinobat juara dunia, Belanda tamatkan kemarau 38 tahun

Mathieu dinobatkan sebagai juara dunia.

HANYA kerana dapat membuang air kecil ketika berada di pertengahan perlumbaan, seorang pelumba basikal Belanda Mathieu van der Poel akhirnya digelar juara dunia.

Kemenangan dengan gelaran UCI World Road Race itu sekali gus menamatkan kemarau Belanda selepas 38 tahun.

Susulan daripada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pasangan Scotland yang membenarkannya menggunakan tandas di rumah mereka.

Ia berikutan pemain berusia 28 tahun itu sudah menahan kencing hampir sejam semasa perlumbaan sedang berlangsung.

“Sukar dipercayai, saya kini juara dunia Belanda yang pertama dalam 38 tahun.

“Saya terpaksa mengetuk pintu rumah pasangan di sepanjang laluan dan begitu terhutang budi kepada mereka... saya tidak dapat meneruskan perlumbaan tanpa bantuan mereka,” luahnya.

Dia menamatkan perlumbaan hampir dua minit di hadapan Wout van Aert yang berada di kedudukan kedua.

Dalam pada itu, pasangan terbabit turut meluahkan rasa teruja kerana dapat membantu Mathieu memenangi perlumbaan selain mengalu-alukan kehadirannya. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain