BEKAS pemain tengah Tottenham Hotspur, Kevin Prince-Boateng berpisah dengan isteri ketiganya, Valentina Fradegrada, hanya beberapa hari selepas mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional. Boateng, 36, dan model Fradegrada, 31, sebelum ini digelar sebagai 'pasangan terhangat' bola sepak oleh peminat mereka. Hubungan pasangan itu bagaimanapun berakhir selepas perkahwinan mereka bertahan hanya 14 bulan. Bintang skuad Ghana itu, yang merupakan abang kepada bekas pemain tengah Manchester City dan Jerman, Jerome Boateng, mengikat tali pertunangan dengan isteri ketiganya pada Jun 2022 selepas setahun berkenalan. Perpisahan pasangan itu mengejutkan para penyokong Boateng di media sosial selepas mendapati bekas pemain Spurs itu memadamkan semua gambarnya bersama Fradegrada di Instagramnya. Model Itali itu turut melakukan perkara sama di laman Instagramnnya yang mempunyai seramai 3.3 juta pengikut. Menurut media Jerman Bild, seorang rakan kepada pasangan itu berkata: “Kedua-duanya berpisah. Akhirnya, malangnya, ia gagal kerana harapan keluarga.” Pengurusan Boateng juga menjelaskan kepada Bild: “Kevin kini menumpukan perhatian kepada kehidupannya selepas kerjaya profesionalnya. Dia kini berada di Australia bersama Fifa untuk menyokong bola sepak wanita dan projek lain." - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube