PENAMPILAN sulung Neymar bersama Al-Hilal perlu ditangguhkan memandangkan bintang itu dilaporkan mengalami kecederan. Malah, kelab tersebut tidak menetapkan sebarang tarikh untuk Neymar kembali beraksi. "Neymar adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dan akan menyumbang secara signifikan kepada pasukan kami," kata jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus. "Dia mengalami kecederaan ringan yang akan menghalangnya daripada menyertai latihan untuk beberapa hari akan datang. "Tempoh ketiadaannya belum ditentukan lagi," katanya. Berita ini semestinya mengejutkan peminat Al-Hilal yang tidak sabar-sabar untuk melihat Neymar beraksi di atas padang tidak lama lagi. Terdahulu, majlis memperkenalkan pemain Brazil itu secara rasmi diadakan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh pada Sabtu. -Marca Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube