suria

Legenda kriket ‘hidup semula’ selepas bekas rakan sepasukan tersalah umum kematiannya

Heath Streak menafikan laporan dia meninggal dunia. Gambar fail Reuters

LEGENDA kriket Zimbabwe, Heath Streak terpaksa menafikan dia telah meninggal dunia selepas khabar angin yang bertiup kencang mengenai kematiannya.

Streak, 49, terpaksa meyakinkan para penyokongnya bahawa dia masih hidup dan sihat hanya beberapa jam selepas dilaporkan bahawa pemain kriket itu telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, dia mengakui keadaan itu telah menyebabkan dia 'sangat kecewa dan sakit'.

Dilaporkan bekas kapten dan ketua jurulatih Zimbabwe itu menerima rawatan untuk kanser kolon dan hati tahap empat di Afrika Selatan.

Streak yang terkejut terpaksa menafikan laporan kematiannya ketika berada di rumah bersama keluarganya yselepas bekas rakan sepasukan kebangsaan Henry Olonga tersilap berkongsi ucapan takziah.

Rakannya itu pada mulanya percaya rakan Streak telah meninggal dunia. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain