suria

Neymar dilayan bagai raja, terbang ke Arab Saudi dengan pesawat mewah harga lebih RM1 bilion

Neymar menaiki kapal terbang bernilai lebih RM1 billion. -Gambar Aviationmaga

BINTANG bola sepak Brazil, Neymar mencuri perhatian ramai apabila dia menaiki kapal terbang mewah berharga 172 juta pound (RM1.01 bilion) ketika berangkat dari Paris ke Riyadh, minggu lalu.

Neymar tiba di Arab Saudi minggu lalu bagi melengkapkan perpindahan bernilai 78 juta pound (RM456.81 juta) dari Paris Saint-Germain ke Al-Hilal.

Kapal terbang Boeing 747 itu adalah milik Putera Arab Saudi, Al Waleed bin Talal yang meminjamkannya kepada Neymar secara percuma.

Boing 747 dilengkapi meja makan dan tiga sofa, tiga bilik tidur serta singgahsana emas dengan kesemua 400 kerusi penumpang dikeluarkan untuk ruang lebih luas.

Bekas bintang Barcelona itu juga meminta pemilik Al-Hilal menyediakan tiga kereta mewah untuknya serta lima lagi kenderaan berserta pemandu buat keluarga dan kakitangannya. -The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain