suria

2 petinju wanita bertumbuk ketika sidang media, pengawal keselamatan terpaksa masuk campur

Dua petinju bertumbuk ketika sidang media.

SEORANG petinju MMA Rusia menumbuk saingan wanitanya ketika kedua-dua mereka menghadiri satu sidang media, baru-baru ini.

Dua petinju itu kelihatan tenang di tempat duduk masing-masing sebelum pertengkaran bermula, dipercayai akibat rasa tidak berpuas hati.

Dapat dilihat petinju berambut coklat mengatakan sesuatu sebelum petinju wanita berambut perang bangkit dan terus menyerangnya.

Mereka saling menumbuk sehingga salah seorang petinju terjatuh ke atas lantai.

Malah, petinju berambut coklat turut menyerang muka saingannya itu dengan menggunakan lutut.

Pengawal keselamatan dan dua pengacara terpaksa bertindak untuk memisahkan dua petinju itu bagi mengelakkan pergaduhan mereka berlanjutan.

Identiti dua petinju itu bagaimanapun tidak dinyatakan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain