suria

Kereta melayang ke udara, terbalik 10 kali... Pelumba elok merangkak keluar hidup-hidup

Keadaan kereta yang dipandu Ryan Preece melayang ke udara. -Gambar AP

KERETA yang dipandu pelumba NASCAR, Ryan Preece melayang ke udara dalam keadaan paling ekstrem.

Pelumba warga Amerika itu bertanding dalam perlumbaan Coke Zero Sugar 400 pada Sabtu di Daytona International Speedway ketika insiden aneh itu berlaku.

Dengan berbaki lima pusingan, Preece mengemudi ke Chase Briscoe di dalam kenderaan di sebelah kirinya.

Dalam adegan ngeri itu, pemandu Ford terus membelok masuk ke dalam selepas rempuhan, menggelongsor dari asfalt ke atas rumput pada kelajuan 306 kilomter sejam sebelum melayang ke udara.

Kenderaan yang dipandu Preece terbalik sebanyak 10 kali, dengan jentera seberat 1.6 tan itu seperti aksi kereta mainan.

Pemandu itu kelihatan berada di udara begitu lama sebelum pusingan terhenti.

Lebih menakjubkan apabila pemandu berusia 32 tahun itu dapat dilihat merangkak keluar dari kenderaannya hidup-hidup dengan bantuan kru keselamatan.

Staf perubatan kecemasan segera merawatnya selepas dia mengambil sedikit masa untuk berdiri di sebelah kereta lumba.

Preece kemudian diletakkan di atas pengusung sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Perlumbaan bagaimanapun diteruskan selepas kejadian yang berlaku. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain