suria

Ronaldo ceria layan peminat, akui si cilik buta bawa tuah perlawanan menewaskan Al Fateh

Ronaldo memeluk peminat buta kerana dianggap memberi tuah bagi perlawanannya. -Gambar AFP

BINTANG bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menghidupkan semula kempen Al Nassr dalam Liga Pro Saudi menewaskan Al Fateh 5-0 pada malam Jumaat.

Ia merupakan kemenangan yang amat diperlukan untuk kelab itu selepas mereka tewas dalam dua perlawanan pembukaan liga musim ini.

Menurut Ronaldo, dia percaya bahawa peminat Al Nassr yang cacat penglihatan adalah penbawa tuah membantunya melakukan persembahan yang menakjubkan itu di atas padang.

Selepas perlawanan, Ronaldo bertemu gadis kecil itu dan berinteraksi dengannya sebelum menandatangani bola serta bergambar.

Ronaldo bersama peminatnya yang dikatakan buta.

Gadis yang memakai jersi dan selendang Al Nassr, berkata dia amat meminati Ronaldo dan hadir ke perlawanan hanya untuk Ronaldo.

“Sebenarnya, saya hanya datang untuk awak. Saya suka awak bermain dan saya tidak percaya awak menjaringkan tiga gol itu,” katanya.

Dia kemudian menandatangani bola dan bergambar dengan peminat buta itu.

Untuk rekod, Ronaldo merupakan seorang bapa memiliki lima orang cahaya mata bersama pasangannya, Georgina Rodriguez-Khaleej Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain