BINTANG Al-Hilal, Neymar menyambut kelahiran bayi perempuannya bersama teman wanita, Bruna Biancardi. Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram miliknya pada Sabtu. "Mavie hadir melengkapkan kehidupan kami. Selamat datang, anakku! Kamu sememangnya sangat disayangi kami.. terima kasih kerana memilih kami," tulisnya. Neymar memuat naik beberapa keping gambar, antaranya memaparkan dirinya dan Bruna mencium bayi perempuan mereka. Perkongsian Neymar dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada selebriti dan peminat di seluruh dunia. Terdahulu, pasangan itu pada April mengumumkan bahawa mereka bakal menyambut kelahiran ahli keluarga baharu. Bayi perempuan tersebut merupakan anak kedua Neymar. Bintang tersebut mempunyai seorang anak lelaki berusia 12 tahun, Davi Lucca, hasil hubungan bersama Carolina Dantas. - Arabnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube