SUDAH kehilangan baru hendak menghargai. Persembahan buruk Andre Onana ketika menentang Galatasaray membuatkan peminat mahu David de Gea dipanggil semula menjaga gawang Manchester United. Penjaga gol United itu sekali lagi menjadi punca pasukannya tewas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, kali ini 3-2 di tangan Galatasaray. Selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan pelawat, Onana gagal menyelamatkan jaringan kemenangan oleh Mauro Icardi. Sebelum jaringan kemenangan itu, hantaran Onana dipintas Dries Mertens dan pertahanan United, Casemiro terpaksa menjatuhkannya dalam kotak penalti, lalu dilayangkan kad kuning kedua. Onana bernasib baik apabila sepakan penalti Icardi tersasar, tetapi pemain Galatasaray itu menebus kesilapannya dengan jaringan empat minit kemudian. Bulan lalu Onana juga membuat kesilapan ketika beraksi dalam perlawanan iga Juara-Juara Eropah yang menjurus kepada kekalahan United di tangan Bayern Munich. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube