suria

Peminat MMA terkejut tengok gambar AI Khabib, McGregor berpelukan... Anggapnya ‘mimpi ngeri’

Ilustrasi AI memaparkan Khabib dan McGregor berpelukan.

'DRAMA' yang melingkari arena sukan seni bela diri campuran (MMA) tidak ada yang sepanas 'drama' membabitkan Khabib Nurmagomedov dengan Conor McGregor.

Walaupun dunia MMA sudah sedia maklum akan hubungan pahit antara dua atlet petinju tersebut, AI tampil 'memanaskan suasana' apabila membuat ilustrasi membabitkan kedua-duanya.

Menerusi ilustrasi itu, Khabib dan McGregor berpelukan antara satu sama lain.

Jelas sekali ilustrasi tersebut membuatkan peminat MMA terkejut dan menganggap ia adalah 'mimpi ngeri'.

"Fikiran saya masih tak boleh menerima mengenai apa yang saya lihat.

"Gambar terpaling *** pada 2023.

"AI dah bertindak melampau," demikian antara komen netizen. -Insidesport

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain