suria

Rekod tanpa kalah Man City lebur di tangan Wolves

Manchester City tewas ketika menentang Wolves. -Foto Sky Sports

HASRAT Manchester City untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga tidak kesampaian.

Hwang Hee-chan meledak gol kemenangan bagi membantu Wolverhampton Wanderers meleburkan rekod tanpa kalah juara bertahan, Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris menerusi kemenangan 2-1.

Kekalahan di Molineux adalah yang kedua City dalam tempoh lima hari selepas Newcastle United menyingkirkan mereka daripada saingan Piala Liga.

Impian skuad pimpinan Pep Guardiola untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga gagal apabila Tottenham Hotspur dan Arsenal kini berada rapat di belakang mereka dengan perbezaan satu mata.

Gol sendiri Ruben Dias membolehkan Wolves berada di depan pada minit ke-13 tetapi Julian Alvarez berjaya menyamakan kedudukan buat City selepas dia melakukan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-58.

Hwang muncul wira Wolves apabila meledak gol kemenangan pasukan itu selepas dia menyudahkan hantaran daripada Matheus Cunha pada minit ke-66. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain