suria

Ikon WWE asyik tercirit gara-gara ketagihan ubat tahan sakit, ambil 65 pil sehari

Kurt ketagihan ubat tahan sakit. -Gambar YouTube CBS Pittsburgh

IKON WWE, Kurt Angle dengan beraninya mendedahkan tentang ketagihannya mengambil ubat tahan sakit.

Ketagihan itu membuatkan ahli gusti itu sering menggigil, muntah dan tercirit.

Diberi gelaran 'Hall of Famer' dan juara gusti Olimpik freestyle pada 1996 nampaknya telah melakukan semuanya, sebelum mengalami kecederaan yang mengubah hidupnya selama-lamanya.

Selepas kecederaan teruk pada 2003, Kurt, 54, menjadi ketagih dengan ubat tahan sakit sehingga di luar kawalan.

Pada satu ketika, ahli gusti yang berpangkalan di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu mengambil 65 pil setiap hari.

Pada 2006 dengan ketagihan ribuan pil, WWE menggesa bintang itu menjalani pemulihan, namun Kurt menolak secara baik.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia menandatangani untuk Impact Wrestling.

Selain ubat tahan sakit, Kurt juga mengambil ubat lain dan dia mengambilnya bersama minuman keras.

“Anda berpeluh sebab anda panas dan sejuk pada masa sama, awak tercirit, muntah, tak boleh berfikir dengan betul, badan awak menggigil, awak rasa macam anda tidak mempunyai apa-apa dalam diri anda,” katanya.

Kurt kembali sihat sejak menjalani pemulihan pada 2013.

Walaupun meninggalkan WWE, pengasasnya, Vince McMahon membayar keseluruhan rawatannya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain