BERITA sedih untuk bintang popular Manchester United. Jadon Sancho dilaporkan dilarang daripada menggunakan sebarang kemudahan pasukan utama di Manchester United. Pemain sayap England berusia 23 tahun itu disingkirkan daripada skuad senior selepas mengkritik Erik ten Hag secara terbuka. Ten Hag menuduh Sancho tidak berlatih bersungguh-sungguh untuk meraih tempat dalam skuad hari perlawanan United sebelum berdepan Arsenal pada 3 September lalu. Namun Sancho membidas pengurus dari Belanda itu dalam media sosial, menganggap dirinya sering dijadikan sebagai "kambing hitam" dan menggelar Ten Hag sebagai penipu. Sancho tidak beraksi buat United sejak itu dan dilarang daripada menghadiri latihan pasukan utama susulan pendirian tegas Ten Hag sekalipun sesetengah rakan sepasukan tidak bersetuju dengan tindakan pengendali dari Belanda itu. Kini The Mirror melaporkan dia tidak dibenarkan untuk menghampiri mana-mana kawasan di Carrington bagi pasukan senior lelaki termasuk kantin. a bermakna Sancho terpaksa makan bersama pemain akademi Red Devils selain berlatih dengan mereka. Ten Hag bagaimanapun dikatakan sedia menerima Sancho dengan tangan terbuka tetapi dengan satu syarat kritikal. Jika tiada jalan penyelesaian ditemui antara Sancho dan pihak jurulatih, Ten Hag pasti akan menjual Sancho tahun depan. - SPORTbible Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube