PENYERANG Brazil, Neymar meluahkan rasa bimbang selepas melihat situasi padang di Stadium Azadi menjelang aksi kedua Kumpulan D antara Al-Hilal dengan Nassaji Mazandaran bagi saingan AFC Champions League. Ia susulan tersebarnya satu video memaparkan keadaan padang Stadium Azadi di media sosial. Video tersebut menunjukkan beberapa kakitangan stadium sedang menyambungkan potongan rumput bagi menutup bahagian permukaan konkrit yang terdedah. Kerja-kerja penambahbaikan padang ini dipercayai dibuat tiga hari sebelum perlawanan Al-Hilal-Nassaji. "Ini tidak mungkin," tulis Neymar ringkas di platform X, merujuk kepada video tersebut. Dalam pada itu, ramai berharap Al-Hilal tidak menurunkan Neymar untuk perlawanan pada awal pagi 4 Oktober itu. "Neymar jangan ambil risiko bro, padang itu kelihatan seperti perangkap maut," tulis warga maya. -Thesun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube