suria

Juara tinju Fury sambut kelahiran baby ketujuh, risau keadaan isteri jika impian mahu 10 anak

Tyson menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan isteri.

PENINJU Tyson Fury menyuarakan kebimbangannya terhadap kesihatan isteri, Paris Fury selepas kelahiran anak ketujuh mereka.

Juara dunia tinju itu berkongsi mengenai kehadiran Putera Rico Paris Fury yang dikenali sebagai Rico, pada September.

Kelahiran Rico berlaku dua tahun selepas anak perempuan mereka, Athena yang dipulihkan selepas dilahirkan dengan kadar denyutan jantung yang luar biasa.

Sebelum ini Tyson pernah mengimpikan untuk memiliki 10 anak bersama pasangannya namun semuanya berubah menurut Paris.

"Setiap kali kami mempunyai anak lain, dia berkata: Tiada lagi Paris! Ia terlalu sukar!

"Dia menjadi beremosi dan berkata awak boleh mati kerana setelah apa yang berlaku pada Athena," ujar Paris.

Malah, sebelum ini mereka juga menerima kecaman hebat netizen kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai. -Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain