suria

Gagal mara ke suku akhir, juara dunia tujuh kali gigit cue tip kayu snooker

Ronnie menggigit cue tip selepas tewas kepada pemain China.

KEGAGALAN dalam Terbuka Inggeris menyebabkan Ronnie O'Sullivan menggigit cue tip pada kayu snooker mliknya.

Aksi spontannya itu membuatkan para penonton terkejut.

Legenda snuker itu mengharungi kekecewaan ketika menentang Zhang Anda pada Khamis apabila pemain China itu menang 4-2 untuk mara ke suku akhir di Brentwood.

Setelah berkongsi empat mata pertama, O'Sullivan kelihatan terkejut dengan beberapa pergerakan sehingga hilang ketenangan dan membuat beberapa pilihan pukulan yang dipersoalkan.

Pada pusingan kelima, pemain berusia 47 tahun itu tidak dapat menguasai perlawanan selepas bola merah terlepas masuk ke dalam pek manakala satu lagi bola merah ke dalam poket tengah.

Selepas terlepas warna merah, dia kembali ke kerusinya dan mula mengunyah hujung cue tip.

Pengulas Eurosport mengulas mengenai reaksi juara dunia tujuh kali itu terhadap kekalahan mengejut itu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain