suria

Gabriel Jesus dan Ederson 'gaduh' atas padang, ini penjelasan situasi sebenar

Gabriel Jesus menjelaskan sebab di sebalik ketegangan antara dia dan penjaga gol Manchester City, Ederson.

DALAM pertembungan antara Arsenal dan Manchester City pada Ahad lalu, Jesus dan bekas rakan sepasukannya di City, Ederson dilihat mengalami ketegangan ketika masa kecederaan.

Pada saingan Liga Perdana Inggeris itu, penyerang Arsenal berkenaan mengawal bola di tepi padang sebelum melakukan kekasaran, dan selepas pengadil meniup wisel, dia menendang bola keluar.

Ederson yang bengang dengan tindakan rakan sepasukan Brazil itu bertindak menolak Jesus sehingga terjatuh.

Kedua-dua pemain diberikan amaran oleh pengadil dan Jesus menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan Ederson. Ia perkara biasa di atas padang.

"Saya dan Ederson sudah kenal lama di City dan kami sangat gembira dapat bertemu semula. Ederson pun tahu saya sangat menyenanginya dan begitu juga saya.

"Tetapi di atas padang, dia (Ederson) mempertahankan pasukannya dan saya akan mempertahankan pasukan saya. Walaupun ketika itu kami sedang mendahului, tapi kami tidak boleh leka kerana bukan mudah untuk menewaskan mereka.

"Ketika kejadian, saya sedang cuba mengawal bola. Dia menolak saya tetapi selepas itu semuanya kembali normal. Itu saja," kata Jesus.- Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain