suria

Gara-gara cium pelukis Iran, Cristiano Ronaldo 'berhadapan' 99 sebatan

Aksi bersahaja Ronaldo menyebabkan spekulasi sebatan disebut.

IRAN menafikan laporan berhubung 99 sebatan terhadap Cristiano Ronaldo kerana mencium artis Fatemeh Hamami.

Ronaldo pergi ke Iran bersama pasukannya di Liga Pro Saudi, Al-Nassr bulan lepas ketika mereka menentang Persepolis dalam Liga Juara-Juara AFC.

Sebelum perlawanan Al-Nassr, Ronaldo bertemu dengan Hamami di ibu negara Iran, Tehran di mana dia menghadiahkannya dua potret yang dilukis dengan kaki kerana lumpuh.

Semasa pertemuannya dengan Hamami, Ronaldo memeluknya dan mencium kepalanya, dan tindakannya membawa kepada laporan di media Iran yang mendakwa bahawa peguam telah memfailkan tuduhan terhadap pemenang Ballon d'Or lima kali itu kerana melakukan zina.

Undang-undang di Iran melarang gerak isyarat mesra antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin.

Bagaimanapun, Iran ‘menafikan sekeras-kerasnya’ laporan bahawa Ronaldo akan berdepan hukuman jika dia kembali ke Iran.

Kenyataan dari kedutaan Iran di Sepanyol menafikan sekeras-kerasnya pengeluaran mana-mana keputusan mahkamah terhadap atlet antarabangsa di Iran.

"Adalah satu perkara yang membimbangkan bahawa penerbitan berita yang tidak berasas itu boleh membayangi jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang terhadap negara Palestin yang tertindas.

"Perlu diingatkan bahawa Cristiano Ronaldo pergi ke Iran pada 18 dan 19 September untuk bermain dalam perlawanan bola sepak rasmi dan diterima dengan baik oleh rakyat serta pihak berkuasa.

"Pertemuan beliau yang ikhlas dan berperikemanusiaan dengan Fatemeh Hamami turut dipuji dan dikagumi oleh kedua-dua rakyat dan pihak berkuasa sukan negara," katanya. - Metro.co

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain