suria

Peminat bengang Neymar tak ‘score’ gol, baling popcorn tepat kena kepala

Tangkap layar tular menunjukkan Neymar bengang dibaling popcorn.

TULAR satu rakaman apabila bintang bola sepak antarabangsa, Neymar Jr dibaling sebungkus bertih jagung oleh penonton selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Brazil dan Venezuela.

Tindakan tersebut dipercayai berlaku apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 bagi perlawanan tersebut.

Ternyata keputusan tersebut masih belum cukup untuk menggembirakan penyokong Brazil dengan bertindak membaling sebungkus bertih jagung (popcorn) terhadap bekas penyerang Barcelona itu.

Sebagaimana dirakamkan dalam video, balingan itu tepat mengenai kepala Neymar ketika dia berjalan menuju ke terowong untuk kembali ke bilik persalinan.

Berang dengan tindakan tersebut, Neymar secara spontan memarahi penonton sehingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan lain. -THE SUN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain