suria

Skuasy diberi pengiktirafan, pertama kali tersenarai dalam Sukan Olimpik 2028

Datuk Nicole gembira skuasy disenaraikan dalam acara Olimipik 2028. -Gambar hiasan The Star

JUARA dunia skuasy lapan kali Datuk Nicol David tidak dapat menahan emosi selepas sukan itu dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik 2028 buat kali pertama.

Skuasy ialah salah satu daripada lima sukan yang telah dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik edisi Los Angeles, bersama-sama dengan kriket, bola sepak bendera, besbol-softball dan lacrosse.

Nicol yang berusia 40 tahun, mendominasi sukan itu sejak sekian lama, gembira kerana skuasy akhirnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

“Agak beremosi untuk mendapatkan skuasy selepas 30 tahun membida tempat di Sukan Olimpik.

“Segala kerja keras, peluh darah dan air mata akhirnya membuahkan hasil untuk skuasy kesayangan kami diiktiraf sebagai sukan Sukan Olimpik.

"Tahniah kepada pasukan kempen skuasy yang hebat kerana menjadikannya realiti akhirnya untuk skuasy dan untuk masa depan sukan ini,” kata Nicol, yang bersara daripada sukan itu pada 2019. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain