suria

Biadab! Jeritan penonton semasa tempoh berkabung undang kemarahan warga maya

Tangkap layar ketika tempoh berkabung seminit.

TEMPOH berkabung selama satu minit ketika perlawanan antara Notts County dan Mansfield pada Sabtu di Meadow Lane dicemari dengan laungan jelik penonton yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi rakaman semula permainan, kedengaran jeritan 'f*** Palestine' dari tempat duduk penonton.

Dalam video itu, kedua-dua set pemain dilihat berdiri di bulatan tengah sebelum seseorang di dalam stadium kelihatan seperti didengari menjerit 'f*** Palestine'.

Ejekan kemudiannya kedengaran di sekitar stadium dengan penonton lain kelihatan menjerit balas 'tidak hormat'.

Menerusi kapsyen, seorang pelayar X meluahkan kemarahan terhadap penonton perlawanan selepas insiden sepak mula tersebut

Terdahulu, menjelang perlawanan, The Magpies telah mengumumkan di laman web kelab mereka bahawa akan ada tempoh senyap sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Ia bagi menghormati mangsa dalam konflik berterusan antara Israel dan Palestin yang telah menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa mereka. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain