MOHAMED Salah menggesa agar bantuan dibenarkan masuk ke Gaza di tengah-tengah konflik Israel-Palestin. Bintang Liverpool itu membuat gesaan menerusi rakaman video yang dikongsi di akaun media sosialnya. Ia berikutan serangan hospital yang menggemparkan di Bandar Gaza pada Selasa, dilaporkan meragut lebih 500 nyawa. "Tidak selalu mudah untuk bercakap dalam masa seperti ini. Terdapat terlalu banyak keganasan dan terlalu banyak kekejaman yang menyayat hati. Peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini tidak dapat disaksikan. "Semua nyawa tidak berdosa dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan. Keluarga sedang berpecah belah. "Apa yang jelas sekarang, bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti segera dibenarkan," katanya. Menurut Salah, penduduk di Gaza berada dalam keadaan yang teruk, dan insiden yang berlaku di hospital sungguh mengerikan. Jelasnya lagi, penduduk Gaza memerlukan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera. "Saya menyeru para pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah serangan terhadap nyawa yang tidak berdosa. Kemanusiaan mesti diutamakan," tegasnya. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube